Kuasai pegawai tinggi “Geng Mamak” Azeez Rahim sapu semua?

azeez-avp
Ramai pihak mempersoalkan mengapa Dato’ Hj Abdul Azeez bin Abdul Rahim Ahli Parlimen Baling terlalu banyak memperolehi keistimewaan berbanding MP lain. Mereka mempersoalkan mengapa hanya Dato Azeez paling banyak mendapat mendapat projek dan kontrak kerajaan.

Kata mereka Azeez Rahim terlalu kebal dan sangat rakus. SPRM pun masuk dalam poketnya. Menguasai Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah UKAS Dato’ Ahmad Husni Hussain, Dato’ Othman Semail SUB Perolehan Kementerian Kewangan dan Pn Zaleha Yusof PA SUB Perolehan. Semua ketua jabatan mamak  dikuasainya. Sindrom “mamak” mengundang rasa tidak puas hati.

AZEEZ BIO.jpg
Antara Profil lain mengenai Dato’ Abdul Azeez Rahim

Sumber memaklumkan selain jawatan Pengerusi Tabung Haji begitu banyak syarikat yang dikuasainya dibelakang tabir seperti Wilayah Arms Sdn Bhd, Idsha Marketing Sdn Bhd, Fair Diversified Sdn Bhd, FD Auto Sdn Bhd, AVP Engineering (M) Sdn Bhd, Pengerusi Theta Edge Berhad dan lain-lain lagi Menggunakan alasan gerak kerja kebajikannya dan sukarelanya kononnya membantu parti tetapi sebenarnya beliau mendapat manfaat sangat banyak untuk diri sendiri. RM bilion ringgit dalam tangannya.

Terbaru ada netizen dalam media sosial mendakwa Azeez Rahim dikaitkan dengan syarikat Mangku Bumi Sdn Bhd, Menuju Asas Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd. Projek bilion seperti projek pembentungan Perak RM2b, pembinaan laluan motosikal Pulau Indah Kelang RM800 juta, Jalan Sabak Bernam Rm700 juta, projek pembentungan di Petaling Jaya RM 500 juta, jalan pintasan Teluk Intan RM750 juta, jalan pintasan Kuala Terengganu RM400 juta dan Jalan Chenor -Pekan RM450 juta. Belum mengira projek UKAS yang mendapat Dana Muda Cara melalui Ketua Setiausaha Negara.

Ada kemungkinan apa yang dipersoalkan Rafizi Ramli mengenai Theta Edge Berhad yang dulu Azeez Rahim pernah menjadi pengerusinya berkemungkinan ada kebenarannya. ‘Tangan ajaib’ Azeez Rahim tidak boleh dinafikan.

4
Ada pihak turut mempersoalkan bekalan kenderaan bomba dan ambulan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun Azeez Rahim yang dapat. Habis semua disapu termasuk di MINDEF dan KDN.  AVP dimiliki oleh seorang cina bernama Lim Chai Beng melantik beberapa pengarah Melayu dalam syarikatnya. Sebagai Pengarah Eksekutif AVP ENGINEERING (M) SDN. BHD yang beralamat di Selangor pastinya peranan Dato’ Azeez Rahim sangat besar sehingga boleh mendapatkan projek ratusan juta  secara RUNDINGAN TERUS seperti membekal  100 unit Fire Rescue Tender  (FRT) C/W Fitting and Accessories kepada Jabatan Bomba dan Penyelamay Malaysia bernilai RM 186,115,700.00 ( 186 juta). Lampiran surat;
FRT1.jpg
frt2
FRT3.jpg
avp1.JPG
Boleh ke web syarikat  www.avp.com.my

 

Sehingga ke hari ini Azeez masih menguasai semua pegawai tinggi dari Ketua Pengarah dan ketua jabatan. Syarikat AVP yang didapati melanggar kontrak bekalan pun tetap kebal. KSN dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan semua tangan Azeez. Puan Zaleha Yusof PA SUB Kewangan yang tidak pernah bertukar ke bahagian lain terus ditatang bagai minyak penuh. Semua maklumat mesyuarat, fail yang perlu dibawa segera untuk diselesaikan semua dalam pengetahuan PA ni untuk disampaikan kepada Azeez Rahim dan proksinya.

Bilakah legasi Azeez dalam Kementerian Kewangan akan berakhir? Hanya apabila ‘Geng Mamak” dapat disingkirkan dan pegawai yang rapat dengannya. SPRM sepatutnya sudah boleh masuk ke Bahagian Perolehan MOF. Siasat perkara ini. KSN sepatutnya telah menukar Pn Zaleha bukan membiarkan sehingga lebih dari 5 Setiausaha Bahagian masih kekal disitu.

sumber: emel

Leave a comment