9 penguatkuasa PTG Pahang ditahan SPRM kes bauksit haram

ptdg pahang.jpg
KUANTAN: Sembilan anggota Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang direman tujuh hari bagi bagi membantu siasatan kes melindungi kegiatan melombong dan mengangkut bauksit secara haram ketika perintah moratorium dikuatkuasa di negeri terbabit.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan susulan penahanan anggota penguatkuasa terbabit lebih banyak tangkapan termasuk membabitkan kakitangan agensi lain akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Semua sembilan kakitangan PTG  Pahang dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan dengan kawalan ketat pegawai SPRM pada jam 10:20 pagi tadi.

Read More »

Anak Exco Perumahan Johor dan Pegawai Khas ditahan SPRM Skandal RM15.5juta!

idzuan

JOHOR BAHRU: Enam lelaki termasuk anak lelaki sulung Datuk Abd Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan  serta Mohamad Idzuan Jamaluddin pegawai khas, seorang penjawat awam Pejabat Tanah Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam operasi serentak bermula 8.30 pagi.

Read More »

Dua Pengurus Besar MAHB KLIA bakal dipersalahkan CCTV Kes bunuh Kim Jong-Nam bocor?

BADLISHAM GHAZALI / MAHB

 

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui bagaimana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) boleh disiarkan oleh media asing.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya amat kesal dengan insiden itu dan unit keselamatan MAHB juga telah membuat laporan polis mengenainya pada Isnin lepas.

“Kami amat kesal dengan kebocoran rakaman tersebut memandangkan bahan itu merupakan bahan bukti yang amat sensitif, tambahan pula lapangan terbang merupakan kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh sesuka hati,” katanya kepada Bernama.

Badlisham berkata, MAHB memberi kerjasama penuh kepada pihak kerajaan dan polis dalam kes Jong-nam itu dan telah menyerahkan salinan rakaman CCTV berkaitan kes berkenaan kepada polis pada 14 Februari lalu.

Katanya, sebagai pengendali lapangan terbang di klia2, salinan induk rakaman CCTV berkenaan masih dimiliki pihaknya.

Beliau berkata, siasatan dalaman MAHB termasuk mengenal pasti individu yang memasuki bilik rakaman pada hari kejadian selain cara rakaman itu direkodkan sama ada menerusi telefon bimbit atau peranti lain.

“MAHB tidak akan mengambil lewa dalam perkara ini dan kita akan memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan seberat-beratnya,” katanya.

Susulan kes berkenaan juga Badlisham berkata beliau telah mengarahkan kawalan keselamatan di bilik rakaman CCTV di semua lapangan terbang kendalian MAHB diperketatkan.

“Ini termasuk tidak membenarkan orang yang tidak sepatutnya memasuki bilik tersebut, menurunkan tandatangan sebagai bukti kehadiran dan tidak membenarkan telefon bimbit dibawa masuk,” katanya.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada 13 Februari lepas.

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, sebelum itu dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan bahan beracun.

pengurus besar airport.jpg

Pengurus Besar Malaysia Airports Sdn Bhd Mohammad Suhaimi Abdul Mubin bertanggungjawab terhadap KLIA dan Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan Rosli Mohd Isa mengenai keselamatan di KLIA. Mereka perlu mencari pihak yang terbabit atau perlu bertanggungjawab di atas kebocoran CCTV itu kepada media asing.

PENGRUS AVIATION.jpg

Boleh jadi terdapat media asing atau pihak-pihak tertentu membayar sejumlah wang yang tinggi untuk mendapat CCTV KLIA itu.